fbpx

Agong dukacita kenyataan pembatalan Ordinan Darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al- Sultan Abdullah.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada Isnin lalu berhubung kerajaan telah membatalkan Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan Baginda.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudin dalam kenyataan berkata, Ordinan Darurat itu dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenankan dan dipersetujui terdahulu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun secara maya pada 24 Julai bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah dilaksanakan.

“Seri Paduka Baginda juga telah menegaskan bahawa kenyataan Takiyuddin adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli Dewan Rakyat,” katanya.

Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai yang telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembetangan di Parlimen dan kenyataan yang bercanggah bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI