fbpx

Dewan Rakyat: Vaksin remaja 12-17 tahun ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA – kumpulan kerja teknikal penilaian calon vaksin telah memberi syor kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk tangguh dahulu pemberian vaksin kepada golongan remaja antara 12 hingga 17 tahun.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keputusan itu selaras dengan langkah yang diambil oleh United Kingdom selepas menerima laporan mengenai kesan sampingan di Amerika Syarikat.

“Terdapat kesan sampingan Miokarditis (keradangan otot jantung) sebanyak 40 kes per satu jatu dos vaksin mRNA Covid-19, Pfizer yang diberikan kepada lelaki berusia 12 hingga 29 tahun.

“Dengan insiden yang walaupun kecil, tetapi sedikit membimbangkan, kumpulan kerja teknikal telah menyarakan agar kita menunggu dahulu data dari negara-negara lain sebelum vaksinasi kepada golongan itu dapat diteruskan,” katanya pada sidang khas Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, walaupun dalam sebahagian besar kes Miokardaitis di Amerika Syarikat itu tidak ada kematian atau kes serius, kesan jangka masa panjang keradangan itu masih belum diketahui.

“Justeru itu pada masa ini, apa yang telah diputuskan oleh JKJAV ialah tidak akan berikan vaksin kepada remaja 12 ke 17 tahun. Tetapi garis panduan klinikal akan dikeluarkan untuk golongan itu yang mengalami risiko tinggi dimana mereka akan ditawarkan vaksin secara sukarela.

“Soal pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pada asalnya memang hendak diberi vaksin, tetapi setelah mendapat pandangan daripada pakar vaksinasi, ini tidak dapat diteruskan buat masa sekarang,” jelasnya.

Terdahulu, NPRA telah memberi kelulusan untuk vaksin Pfizer diguna pakai terhadap golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI