fbpx

Dewan Rakyat: Jamin warga pendidikan divaksin sebelum September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan menyeru agar pentadbir sekolah dapat membuat capaian kepada sebilangan guru yang menolak vaksin bagi mengelak tercetusnya jangkitan selepas pembukaan institusi itu nanti.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Covid-19), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) sedang mengenal pasti warga sekolah yang belum mendapatkan janji temu vaksin bagi penjadualan segera.

“CITF sedang memastikan bilangan guru, anggota kumpulan pelaksana dan perkhidmatan sokongan kontrak yang belum mendapat janji temu lagi dapat dikenal pasti segera untuk dibuat penjadualan janji temu,” katanya pada sidang khas Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin memaklumkan sehingga 27 Julai, seramai 303,682 guru iaitu 73.5 peratus, 45,197 anggota kumpulan pelaksana (67 peratus) dan 33,633 pekerja perkhidmatan sokongan kontrak (38 peratus) sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, bagi vaksinasi guru kelas peperiksaan tingkatan lima dan enam pula status kemajuan adalah menggalakkan dengan sejumlah 80,717 guru iaitu 90 peratus telah divaksin.

Bagi sekolah swasta pula, seramai 12,894 guru (66.8 peratus), 4,367 guru tahun peperiksaan (58 peratus) dan 3,026 kakitangan sokongan (54 peratus) kakitangan sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Khairy Jamaluddin juga berkata, kerajaan memberi jaminan semua warga pendidikan akan diberikan vaksinasi sebelum sekolah dibuka pada September nanti. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI