fbpx

Lalu SJR bawa dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Tindakan nekad seorang lelaki membawa dadah jenis syabu melalui sekatan jalan raya (SJR) mengundang padah apabila dia ditahan di SJR Plaza Tol Kajang, dekat sini kelmarin.

Lelaki berusia 20 an itu ditahan bersama syabu yang dianggarkan bernilai RM5,145.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, suspek ditahan pukul 10 malam ketika melalui SJR tersebut selepas dilihat memandu dalam keadaan mencurigakan.

“Khuatir dengan sikap mangsa, polis meminta suspek untuk memberhentikan kenderaan untuk tujuan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan dalam kereta jenis Proton Wira itu menemui syabu seberat 51.4 gram yang dianggarkan bernilai RM5,145,” ujarnya hari ini.

Menurut beliau, suspek dibawa ke Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut.

“Hasil semakan polis mendapati dadah yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada 51 orang penagih,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI