fbpx

‘Geng’ monyet bergaduh kerana krisis makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para pemandu dan penunggang motosikal terpaksa menunggu selama lebih empat minit apabila dua kawanan monyet itu bertempur di hadapan sebuah simpang. – MailOnline

LOPBURI, THAILAND – Dua kawanan monyet liar bergaduh di tengah jalan di bandar Lopburi, Thailand akibat kekurangan makanan berpunca daripada pandemik Covid-19, lapor portal berita MailOnline semalam.

Monyet-monyet tersebut biasanya diberi makan oleh pelancong, namun wabak Covid-19 mengakibatkan kehadiran pelancong hampir tiada.

Daripada satu video yang dimuat naik di internet, dua kawanan monyet tersebut dilihat bergaduh di hadapan sebuah tokong lama.

Kedua-dua kumpulan monyet itu kemudian beredar dan bergaduh pula di sebuah simpang yang sibuk dengan kenderaan  sehingga memaksa pemandu kereta dan penunggang motosikal berhenti selama beberapa minit.

Dalam pertempuran tersebut, beberapa ekor monyet  melompat untuk  menunjukkan kekuatan  sebelum mula berlawan sesama sendiri.

“Saya sedang berada di dalam sebuah bangunan berhampiran dengan tokong ketika saya terdengar bunyi bising daripada monyet-monyet itu. Terdapat begitu banyak monyet di atas jalan.

“Saya dapat melihat monyet-monyet itu sedang bergaduh. Ia kemudiannya berlari ke arah jalan dan mula berlawan,” kata seorang saksi, Khun Itiphat. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI