fbpx

Peter marah tidak dapat kontrak UMS – saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peter ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, Datuk Peter Anthony pernah memarahi bekas Naib Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr. Harun Abdullah kerana syarikatnya gagal memperoleh kontrak penyelenggaraan sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di universiti itu.

Harun, 60, berkata, kontrak berkenaan tidak diberikan kepada Syarikat Asli Jati Engineering Sdn. Bhd (Asli Jati) milik bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu, sebaliknya diberi kepada  REMT Utama Sdn. Bhd. (REMT) melalui tender terbuka.

Menurut saksi pendakwaan ke-10 itu, keputusan pemberian tender berkenaan diluluskan oleh mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UMS.

Ketika membacakan pernyataan saksinya, Harun berkata projek M&E itu akan dilaksanakan bagi tempoh dua tahun yang menelan belanja hampir RM22 juta manakala surat setuju terima kepada REMT Utama dikeluarkan pada 23 Julai 2014.

Bagaimanapun, beliau kemudian mendapat tahu bahawa satu surat lain bertarikh 9 Jun 2014 telah dikeluarkan oleh UMS tanpa kebenarannya yang mana tempoh penyelenggaraan telah dilanjutkan sehingga lima tahun.

Menurut saksi, surat itu ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMS, Profesor Dr. Shariff Abdul Kadir S. Omang dan dihantar kepada Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa pengetahuan dan kebenarannya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI