fbpx
BERNAS sungguh komen Apek berhubung isu Caprice, Ebit dan Nadir.

Sejuk dada baca komen Saiful Apek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK beberapa hari lalu, kecoh dalam media sosial tentang isu Ustaz Ebit Lew (UEL), Caprice dan Muhammad Nadir Al-Nuri.

Ramai juga rakan artis turut mengulas mengenai isu tiga figura tersebut seperti Sharnaaz Ahmad dan Michael Ang.

Namun, ketika semua orang tengah meledak-ledak dengan penilaian dan hujah masing-masing, muncul komen Saiful Apek yang menyejukkan hati ramai.

“Kalau semuanya mudah dan tidak diuji, itu bukan dunia namanya tetapi syurga.

“Namun, demi kebenaran dan kasih sayang, kita perlu pertahankan. Jika jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah SWT dan semoga dipermudahkan segala urusan,” tulisnya di bawah satu hantaran UEL.

Ramai yang memuji Apek dan berterima kasih kerana tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang memanaskan lagi keadaan.

Benar juga apa yang netizen katakan.

Kesimpulannya, jika tiada perkara baik untuk diperkatakan lebih baik diam. Jangan sibuk nak menempel dalam masalah orang tetapi mengeluarkan kata-kata yang nak menampakkan kehebatan sendiri walaupun sebenarnya main belasah.

DIVA: Rindu pula nak lihat lakonan Mira Filzah di kaca televisyen. Dengarnya akan muncul dengan drama The Hotel tidak lama lagi bersama MK.

POPULAR