fbpx

Melaka buat Sri Pahang gigit jari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HIDALGO (kanan) berjaya menjaringkan gol pentas seawal minit pertama buat Sri Pahang sewaktu seri 1-1 dengan Melaka di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Foto oleh SRI PAHANG FC

KUALA LUMPUR – Hasrat Sri Pahang FC untuk meraih tiga mata tidak kesampaian apabila membenarkan Melaka United bangkit mencatat keputusan seri 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi.

Keputusan itu merencatkan peluang skuad Tok Gajah untuk merapatkan kedudukan dalam saingan Liga Super apabila kini menduduki tangga kesembilan dan masih ketinggalan tiga mata di belakang Sabah di tempat kelapan.

Skuad bimbingan Dollah Salleh itu bermula dengan sangat baik dalam perlawanan tersebut apabila berjaya membuka tirai jaringan seawal minit pertama menerusi jaringan Manuel Hidalgo.

Sri Pahang sepatutnya boleh ‘membunuh’ permainan menerusi sepakan penalti pada minit ke-79 selepas Abdul Malik Mat Ariff dijatuhkan pemain pertahanan Melaka, Mohd. Akmal Md. Zahir.

Bagaimanapun, kesempatan itu gagal dimanfaatkan sepenuhnya apabila sepakan penalti pemain pertahanan import Sri Pahang dari Perancis, Herold Goulon dapat diselamatkan penjaga gol Melaka, Khairul Fahmi Che Mat.

Situasi itu seakan-akan membakar semangat para pemain Melaka untuk melakukan serangan ke arah kubu Sri Pahang dan akhirnya berjaya mendapat gol penyamaan daripada Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-88.

Ia berpunca daripada kegagalan benteng pertahanan Sri Pahang mengeluarkan bola dalam kawasan kotak penalti yang membolehkan Mohamad Faris Shah Mohd Rosli melakukan hantaran lintang untuk disudahkan oleh Wan Zaharulnizam.

Ternyata, tuah tidak memihak kepada Sri Pahang apabila percubaan lewat permainan daripada Abdul Malik sekadar singgah di tiang gol Melaka sebelum pengadil, S. Logeswaran meniupkan wisel berkesudahan dengan keputusan 1-1. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI