fbpx
TUNKU MAHKOTA ISMAIL turut hadir pada perbincangan meja bulat anjuran MFL sambil baginda menggariskan empat perkara yang perlu diberi penekanan. - FB MALAYSIA FOOTBALL LEAGUE

MFL, kelab teliti cadangan Tunku Mahkota Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) menggesa pengurusan tertinggi kelab Liga Malaysia (Liga M) untuk meneliti cadangan yang dikemukan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim dalam usaha menaikkan semula taraf saingan di peringkat domestik.

Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, segala maklum balas mengenai ‘proposal’ yang dikemukakan oleh Tunku Mahkota Ismail boleh dimaklumkan oleh pihak kelab selaku Rakan Kongsi kepada MFL pada mesyuarat akan datang.

“Tunku Mahkota Ismail ada beri fail, namun saya telah memaklumkan kepada semua rakan kongsi dan kelab supaya membawa pulang perkara tersebut untuk diteliti terlebih dahulu.

“Mereka diminta mengkaji cadangan tersebut, manakala pihak MFL juga akan meneliti sebelum kita duduk semula (bersama rakan kongsi) untuk berbincang dan membuat keputusan.

“Ataupun kita perlukan (perkenan) Tunku Mahkota Ismail untuk hadir (pada pertemuan akan datang), itu lagi baik kerana idea datang daripada baginda,” katanya ketika ditemui.

Pada sesi perbincangan meja bulat anjuran MFL di Kuala Lumpur kelmarin, Tunku Ismail menggariskan empat perkara teras yang ditekankan oleh Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sementara itu, Ab Ghani turut meletakkan sasaran untuk menamatkan isu tunggakan gaji membabitkan semua kelab Liga M dalam tempoh dua tahun lagi.

Kata Ab Ghani, pelaksanaan penuh Peraturan Kewangan Adil (FFP) musim ini menunjukkan petanda positif tetapi memerlukan komitmen berterusan daripada semua kelab.

“Kebanyakan kelab dilihat mula mencatat pendapatan melebihi perbelanjaan sekali gus memberi gambaran lebih jelas mengenai kedudukan kewangan pasukan menerusi FFP

“Saya harap semua kelab perlu kekal komited. Sasaran kita dalam dua musim lagi, memasuki musim 2027/2028, tiada lagi isu tunggakan gaji dan kelab mampu mengurangkan liabiliti lain,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN