fbpx

United mahu khidmat pemain tengah Napoli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIELINSKI berjaya mempamerkan aksi yang cemerlang bersama Napoli dan Poland menyebabkan United cuba memburu khidmatnya ketika ini. – AFP

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan menghubu­ngi ejen pemain tengah Napoli, Piotr Zielinski untuk melihat potensi perpindahannya.

United semakin hampir untuk mendapatkan khidmat pemain-pemain yang mereka inginkan untuk saingan musim hadapan termasuk Jadon Sancho serta Raphael Varane yang bakal tiba untuk memperkuatkan pasukan.

Bagaimanapun, mereka mungkin terlepas peluang untuk menandatangani khidmat pemain muda Rennes, Eduardo Camavinga selain masa depan tidak menentu pemain sensasi mereka, Paul Pogba yang berada pada tahun terakhir kontrak.

Liverpool turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan Zielinski tetapi United tidak mahu berputih mata apabila bersedia dengan tawaran yang lebih baik untuk mendapatkan pemain antarabangsa Poland itu.

Laporan turut menyebut, seteru United, Manchester City juga sedang mengintai peluang untuk mendapatkan Zielinski tetapi pemain itu mempunyai alasan sendiri untuk tidak ke Etihad dan memilih untuk menilai tawaran lain.

Bagaimanapun, setakat ini United dan Liverpool masih belum mengemukakan sebarang tawaran yang tulen untuk mendapatkan khidmatnya.

Zielinski membuat 239 penampilan bersama Napoli selepas berhijrah dari Udinese pada 2016 dan sudah meledak 32 gol serta 28 umpanan.

Pada saingan Euro 2020, dia hampir beraksi sepenuh masa untuk Poland dalam tiga aksi peringkat kumpulan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI