fbpx

Hati-hati status halal makanan dipesan dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu hantaran oleh seorang penghantar makanan tular di laman Facebook yang memaklumkan menerima pesanan daripada seorang pelanggan Islam daripada penjual yang diragui status halalnya.

SEREMBAN – Umat Islam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan teliti dalam urusan pembelian makanan terutamanya menerusi aplikasi penghantaran dalam talian.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, langkah itu bagi mengelakkan daripada mereka membeli makanan yang diragui status halal termasuk status pengendali makanan tersebut.

“Pembeli khususnya umat Islam kena tahu dari kedai mana mereka membeli, mungkin kadang kala kita tidak teliti dalam perkara itu.

“Kalau kita sudah terbeli tidak mengapa, tetapi kalau kita sudah tahu tidak boleh membeli, jangan mengambil dan membeli lagi di situ.

“Jika ada keraguan dalam urusan pembelian makanan, masyarakat beragama Islam perlu tinggalkan dan pilih restoran atau penjual yang diyakini menjual makanan halal,” ujarnya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu hantaran tular di laman Facebook oleh seorang penghantar makanan yang memaklumkan mengambil makanan daripada penjual bukan Islam yang diragui status halalnya dan kemudian menghantar makanan itu kepada seorang pembeli yang merupakan orang Islam.

Menerusi hantaran di media sosial Facebook itu, penghantar makanan tersebut memaklumkan penjual makanan itu beroperasi di sebuah rumah di sekitar Seremban.

Jelas penghantar makanan tersebut, perkara itu telah dimaklumkan kepada pelanggan yang kemudian bertindak membuang makanan dipesan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI