fbpx
Bernas menggerakkan kakitangannya di seluruh negeri termasuk di Sabah dan Sarawak untuk membolehkan sumbangan barangan keperluan makanan sampai kepada kumpulan sasarannya.

‘Ikhlas untuk Malaysia’ misi Bernas bantu masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) melalui program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) telah menggerakkan misi bantuan menerusi inisiatif ‘Ikhlas untuk Malaysia’ membantu golongan yang kurang bernasib baik menghadapi hari-hari mendatang dalam tempoh sukar kini.

Menurut kenyataan, syarikat telah memperuntukkan hampir 3,000 kotak makanan mengan­dungi pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan lain-lain.

Anggota kerjanya di seluruh negeri di Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak telah mula mengedarkan bantuan makanan tersebut kepada masyarakat setempat secara berperingkat me­lalui 33 buah lokasi pusat operasi Bernas.

“Inisiatif ini diharap dapat meringankan beban kumpulan masyarakat yang rata-ratanya terjejas punca pendapatan dan memerlukan sokongan bagi meneruskan kelangsungan hidup sepanjang tempoh perlaksanaan lockdown di seluruh negara.

“Bernas melihat inisiatif ini sebagai salah satu peluang untuk syarikat menyumbang semula kepada masyarakat seiring dengan matlamat berkongsi kemakmuran bersama penduduk secara lebih inklusif,” jelas kenya­taan tersebut.

POPULAR