fbpx

Syamilla beransur pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Syamilla Bihai yang semakin beransur pulih di bawah jagaan Perhilitan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak.

PETALING JAYA – Seekor harimau betina yang mengalami kecederaan di muka akibat terkena libasan parang ketika bergelut dengan seorang penduduk Orang Asli di Kampung Badak, Pos Bihai semakin beransur pulih.

Harimau betina yang diberi nama Syamilla Bihai telah menyerang Adin Andok, 48, kira-kira pukul 3 petang pada 15 Julai lalu di kebun miliknya dan mengakibatkan kecederaan pada mata, kepala, paha serta lengan selepas dicakar haiwan itu.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berkata, selera makan harimau berkenaan juga bertambah baik kerana telah mula memakan daging.

“Buat masa ini, Syamilla Bihai masih ditempatkan di dalam kurungan malam (night stall) di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak.

“Syamilla juga dipantau rapi oleh doktor veterinar Jabatan Perhilitan serta kakitangan NWRC bagi memastikan ia akan sembuh seperti sediakala,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kosmo! pada 17 Julai lalu melaporkan, seekor harimau belang betina menyerang seorang penduduk Orang Asli di Kampung Badak, Pos Bihai di sini.

Susulan kejadian itu, Perhilitan telah memasang perangkap kamera dan berjaya menangkap harimau belang tersebut yang digelar Syamilla Bihai pada Khamis lalu.

Harimau belang berkenaan mengalami kecederaan di kepala, tengah badan, leher dan ekor dipercayai luka akibat pergelutan dengan mangsa serangan lelaki Orang Asli Adin Andok, 48, kira-kira dua minggu lalu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI