fbpx

Lelaki maki hamun peniaga nasi lemak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian berkenaan

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan lelaki yang memaki hamun peniaga yang menegurnya kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah gerai di Jalan Desa Bakti, sudah ditahan malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, lelaki itu ditahan di rumahnya yang terletak berdekatan gerai (lokasi kejadian) kira-kira pukul 8 malam.

“Suspek akan direman selama dua hari hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, kerana melakukan ugutan jenayah.

“Lelaki itu turut disiasat mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021, kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan,” ujarnya hari ini.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 29 saat tular memaparkan individu itu bertindak memaki dan memarahi peniaga berkenaan serta pelanggan lain selepas ditegur kerana tidak memakai pelitup muka sewaktu membeli makanan di sebuah gerai di Jalan Desa Bakti di sini, pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi sewaktu wanita itu sedang berniaga nasi lemak di kawasan tersebut dan laporan telah dibuat anak peniaga itu yang berusia 22 tahun kira-kira pukul 3.40 petang pada hari yang sama. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI