fbpx

Lori ditemui di dasar laut, mangsa masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba bersama aset kelihatan memasuki JEV di Chuah, Port Dickson bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang terjatuh ke dalam laut bersama lori dipandunya awal pagi tadi.

PORT DICKSON – Pihak bomba telah menemui sebuah lori di dasar laut dalam kejadian seorang lelaki pemandu lori arang batu yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan kerja-kerja pembersihan sisa arang batu di Jimah Energy Ventures (JEV), Chuah, dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Hairul Izam Mazelan berkata, pihaknya memulakan operasi menyelamat mangsa, Sharul Nizwan Said, 33, sejak pukul 11 pagi tadi.

Jelasnya, operasi tersebut telah berjaya menemui lori yang dipandu, namun mangsa masih lagi belum ditemui setakat ini.

“Pada pukul 11 pagi tadi, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) telah memulakan selaman setelah menilai keadaan risiko kelajuan arus laut tiga knots dengan 20 meter kedalaman air dan pencarian fasa pertama telah menemui lori di dasar laut.

“Bagaimanapun mangsa masih belum ditemui, kami telah memperluaskan kawasan pencarian di permukaan air dalam radius 20 meter menggunakan aset bomba dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Pelbagai agensi lain turut terlibat dalam operasi ini termasuk pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jimah Energy Ventures,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki berusia 33 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut apabila lori lima tan yang dipandunya secara mengundur terjunam dari jeti pemunggahan arang batu di JEV, Chuah dekat sini.

Sementara itu, Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor dan terus mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat di perairan Port Dickson.

“Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah mengatur gerak bot ronda ke lokasi kejadian bagi operasi pencarian. Pengkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga didirikan di kawasan kejadian bagi mengkoordinasikan operasi tersebut,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI