fbpx
AZIZULHASNI.

Pelapis The Pocket Rocketman sudah ada, tapi belum menampakkan ‘hasil’ – KBS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengenal pasti beberapa calon yang sesuai sebagai pelapis dalam sukan berbasikal supaya negara tidak ketandusan atlet pada masa hadapan.

Timbalan Menterinya, Mordi Bimol berkata, bagaimanapun prestasi calon pelapis tersebut belum menampakkaan hasil yang boleh membanggakan sukan berbasikal negara.

Namun katanya, pihak kementerian telah merangka beberapa program berstruktur bagi memastikan hala tuju setiap atlet mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

“Untuk makluman, sekarang ini pun kita sudah ada atlet-atlet pelapis, cuma keberhasilannya (kejayaan di peringkat antarabansga) itu belum nampak.

“Sebab itulah kita (KBS) sekarang ini ada program sukan yang berstruktur bagi memastikan hala tuju setiap atlet ataupun setiap sukan itu mencapai target (sasaran) negara kita.

“Semua atlet yang kita ada hari ini juga sudah dirancang, dibentuk supaya mencapai sasaran pada masa hadapan. Atlet sudah ada, cuma belum mencapai (dapat) pingat sahaja,”katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Seri Prof. Dr. Noor Inayah Ya’akub yang bertanyakan tentang atlet pelapis dalam sukan berbasikal yang kini sudah diperingkat dunia.

Ini kerana katanya, beliau bimbang dunia sukan berbasikal negara terutamanya kejohanan trek ketandusan pelapis selepas jaguh basikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang bersara selepas ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN