fbpx

Kembali ‘berhantu’, lagu Polaroid tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIRIK lagu kumpulan Sakura Band ini mengingatkan ramai agar menghargai zaman muda yang penuh dengan keseronokan,

KERANA Perintah Kawalan Pergerakan, tidak semena-mena lagu Polaroid nyanyian kumpulan Sakura Band tular dalam media sosial minggu ini.

Menurut pengguna Twitter, lirik lagu tersebut sangat kena dengan situasi yang dilalui rakyat Malaysia kini.

Antara potongan lirik yang paling memberi impak ialah: “Masa muda jangan pernah sia-siakan, simpankan sebagai memori, Jadikan polaroid.”

Bagi netizen, lirik tersebut mengingatkan mereka agar sentiasa mengingati dan menghargai zaman muda yang penuh dengan keseronokan.

Ada juga yang mentakrifkan bait-bait lirik tersebut dengan fahaman sendiri.

“Polaroid bermaksud kenangan yang jangan pernah dilupakan atau dibuang. Disebabkan Covid-19, aku dah mula rindukan keseronokan lalu. Lagu ini mengimbau keseronokan lalu,” ciap seorang netizen.

“Sebelum ada wujud Covid-19, memang tidak ada perasaan langsung bila dengar lagu ini. Sekarang, rasa sangat sendu bila mendengarnya,” luah seorang pengguna Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI