fbpx
Anggota penguatkuasaan KPDNHEP Sabah melakukan pemeriksaan di beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu. - Foto : IHSAN KPDNHEP Sabah

2,340 tan metrik bekalan gula tiba di Sabah hujung bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Sebanyak 2,340 tan metrik gula dijangka tiba secara berperingkat di Sabah pada minggu ketiga serta keempat bulan ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah, Georgie Abas berkata, menerusi jumlah itu, sebanyak 590 tan metrik gula dijangka sampai di Pelabuhan Sepanggar manakala 650 tan metrik di Pelabuhan Sandakan selain 1,100 tan metrik lagi di Pelabuhan Tawau.

“Dengan adanya bekalan gula berkenaan, isu ketiadaan gula dipasarkan dijangka akan mula beransur pulih Ogos depan.

“Kita sudah melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan ke atas semua syarikat pemborong utama di negeri ini.

“Hasil penelitian mendapati jumlah bekalan gula yang diterima pemborong berkaitan daripada dua buah kilang gula di Semenanjung sudah berkurangan sehingga 50 peratus berbanding kebiasaannya.

“Ibu pejabat KPDNHEP di Putrajaya juga membantu dengan menjalankan semakan lanjut ke atas kedua-dua kilang terlibat dan mendapati antara punca bekalan gula berkurangan dihantar ke Sabah termasuklah faktor kerosakan mesin utama memproses gula di salah sebuah kilang pengeluar.

“Selain itu, kes penularan Covid-19 dalam kalangan pekerja kilang gula juga mengakibatkan kapasiti pengeluaran dan pengedaran oleh kilang gula terjejas selain kelewatan penghantaran melalui kapal laut daripada kedua-dua kilang gula di Semenanjung.

“Kelewatan ini adalah kerana berlaku beberapa perubahan jadual pelayaran kapal yang menjejaskan ketibaan bekalan gula di Sabah,” katanya dalam kenyataan media hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR