fbpx

Matthaus hentam sikap pemain, penyokong The Three Lions

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA penyokong England terus kempunan untuk menyaksikan pasukan mereka merangkul kejuaraan selepas tewas pada aksi final Euro 2020 kepada Itali. – AFP

MUNICH – Legenda bola sepak Jerman, Lothar Matthaus me­ngakui beliau langsung tidak bersimpati dengan pasukan England yang tewas kepada Itali pada perlawanan akhir Euro 2020 di Stadium Wembley Isnin lalu.

Sebaliknya, bekas pemenang Ballon d’Or itu mendakwa skuad The Three Lions dan penyokongnya wajar dibelenggu badi apabila langsung tidak me­nunjukkan rasa hormat kepada pasukan lawan sepanjang kejohanan berlangsung.

Paling membuatkan beliau terkesan adalah seorang peminat cilik Jerman dihina dan dikutuk penyokong England kerana menangis selepas pasukannya ter­singkir pada pusingan 16 pasukan terbaik.

Selain itu, Matthaus juga kurang senang dengan sikap penyokong-penyokong England yang sering mengejek serta tidak menghormati lagu kebangsaan negara lain ketika ia dimainkan sebelum sepak mula.

“Penyokong England melayan kanak-kanak perempuan itu seperti musuh ketika Jerman tewas. Mereka juga tidak me­nunjukkan sebarang rasa hormat terhadap lagu kebangsaan negara lain.

“Saya simpati dengan pemain-pemain England tetapi mereka layak untuk dihantui rasa trauma ini sepanjang hidup, selepas tewas menerusi penentuan sepakan penalti aksi tersebut,” luah beliau.

Selain itu, Matthaus juga menganggap tindakan penyokong England mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pemain-pemain sendiri sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI