fbpx

Tak patuh SOP, 68 premis diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 68 premis termasuk kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarah tutup semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pasukan Task Force Operasi Pematuhan menjalankan sebanyak 80,827 pemeriksaan di seluruh negara bagi mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh.

“Ini termasuk pemeriksaan ke atas 2,257 kilang, 15,256 premis perniagaan, 1,148 tapak pembinaan dan 286 asrama penempatan pekerja.

“Daripada jumlah itu, 68 premis meliputi kilang (23), premis perniagaan (43) dan tapak pembinaan (2) diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, seramai 471 individu turut ditahan atas kesalahan ingkar SOP semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 446 individu dikompaun manakala 16 lagi direman dan sembilan dijamin,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI