fbpx

Pameran Lukisan Orientalis tarikan baharu Muzium Kesenian Islam Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar melihat salah satu lukisan dipamerkan di Muzium Kesenian Islam Malaysia sempena Pameran Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan? - Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pameran Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan? berlangsung bermula hari ini sehingga 15 Oktober depan menjadi tarikan baharu pengunjung yang mengunjungi Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini.

Menerusi pameran istimewa itu, ia menampilkan koleksi lukisan-lukisan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 sekali gus belum pernah dipamerkan di luar Eropah mahupun Amerika.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Pengerusi Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dan Pengarah Muzium Kesenian Islam Malaysia, Syed Mohamad Albukhary.

Dalam pada itu, Anwar menyifatkan pameran berkenaan unik kerana tidak dipamerkan di mana-mana dunia melainkan dengan skala kecil seperti di muzium di London.

“Skala besar, ini yang terbesar pernah diadakan di dunia. Jadi sewajarnya masyarakat menggunakan peluang ini kerana kalau di tempat lain kosnya terlalu tinggi.

Anwar (kanan) berbual bersama Syed Mokhtar pada majlis perasmian Pameran Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan di Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

“Muzium ini walaupun ada di Timur Tengah atau London, New York, tapi rantau ini… ini muzium yang terkemuka menjadi pusat pendidikan, pendedahan tentang seni Islam yang dipamerkan begitu lama,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru orang ramai termasuk warga pendidik, ibu bapa, pelajar selain mahasiswa memanfaatkan waktu serta menggunakan peluang mengunjungi Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini.

Anwar (tiga dari kanan) diiringi Syed Mokhtar (kiri) bersalaman dengan duta-duta yang hadir pada perasmian Pameran Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

Mengulas lanjut, Anwar menyeru syarikat konglomerat untuk memanfaatkan keuntungan bagi menyokong industri seni dan sastera dalam negara.

“Seperti mana saya gesa dulu, ada usaha dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, seni, teater.

Anwar dan Dr. Wan Azizah pada Pameran Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur hari ini. – Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

“Ada usaha untuk mendukung, kalau kita ada 30 konglomerat, dia beri sokongan dalam pelbagai bidang, itu akan memperkayakan seni, sastera, budaya, pendidikan masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI