fbpx

Perintah berkurung dijenamakan Perintah Kawalan Pergerakan ESS ZONE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perintah berkurung di kawasan perairan negeri Sabah dijenamakan semula kepada Perintah Kawalan Pergerakan Eastern Sabah Safety Zone (ESS ZONE) bagi menyambung perintah berkurung Sabah No. 220 yang akan tamat petang esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Perintah Kawalan Pergerakan ESS ZONE Sabah No.1 akan berkuat kuasa pada pukul 6 petang esok.

“Penjenamaan semula ini bertujuan untuk menyambung Perintah Berkurung Sabah No. 220 yang akan tamat pada pukul 6 petang esok. Hal ini dipersetujui oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kerajaan Negeri Sabah dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Perintah kawalan pergerakan ini melibatkan perairan sama kecuali di Tawau memandangkan statistik menunjukkan tahap ancaman yang rendah serta kawalan keselamatan di perairan daerah tersebut yang memuaskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Razarudin, perintah berkurung dikuat kuasakan sejak 16 Julai 2014 di perairan Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan bagi menangani masalah pencerobohan serta mengekang ancaman pengganas Sulu serta penculikan untuk wang tebusan (KFR) di kawasan Pantai Timur Sabah.

“Perintah berkurung ini telah diperluaskan untuk meliputi kawasan Tawau, Kinabatangan dan Beluran.

“Perintah Kawalan Pergerakan ini diperlukan bagi memastikan perairan tidak diceroboh mahupun diancam dan pelaksanaannya akan menjamin keselamatan rakyat Sabah di kawasan ESSZONE,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI