fbpx

Penduduk desa gempar kemunculan lampor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penampakan keranda terbang atau lampor di desa-desa di Malang menjadi tular di media sosial. -TikTok

JAKARTA – Sebuah video tular dalam aplikasi TikTok baru-baru ini   memaparkan kejadian paranormal keranda terbang atau lebih  dikenali di Indonesia sebagai lampor, lapor laman Kumparan.com.

Pemilik akaun TikTok @bang_jo26 memuat naik video suasana sebuah desa di Malang yang menunjukkan kemunculan  objek dipercayai keranda terbang.

Menurut mitos masyarakat Jawa, lampor adalah sejenis  syaitan yang menggunakan keranda terbang dan  muncul pada waktu malam.

“Jauhkan mara bahaya daripada lampor. Semenjak keranda terbang datang ke kampung-kampung, setiap hari sebelum Maghrib sudah dilihat depan rumah,” tulis kenyataan pada video tersebut.

Video tersebut sehingga kini mencatatkan lebih 23 juta tontonan dan puluhan ribu komen.

Akaun tersebut juga turut memuat naik video situasi sebuah desa yang kelihatan sepi dan mengaitkan kedatangan lampor dengan wabak yang menyebabkan kematian.

“Semenjak kejadian lampor, kampung jadi sepi seperti tiada penghuni. Semoga tiada lagi kejadian seperti semalam, semoga wabak Covid-19 hilang buat selama-lamanya dari muka Bumi,” tulis akaun tersebut.

Netizen yang menonton video tersebut meninggalkan komen dengan berkata,  di kampungnya juga terdapat batu yang tiba-tiba jatuh ke tengah padang dan disusuli kabus dan hujan yang menyebabkan penduduk kampung jatuh sakit.

Menurut pelbagai sumber berbeza, orang yang keluar pada waktu malam boleh hilang diambil lampor dan jika mereka berjaya pulang semula, mereka akan pulang dalam keadaan gila.

Lampor dipercayai menjadi salah satu makhluk ghaib yang kononnya boleh mengambil nyawa manusia.

Kisah lampor juga pernah dijadikan filem berjudul Lampor : Keranda Terbang dan dikeluarkan pada 2019. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI