fbpx

Lintah darat kaut faedah 50 peratus sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Polis menahan dua kumpulan lintah darat dan seorang bergerak solo yang menawarkan pinjaman tanpa lesen dengan kadar faedah sehingga 50 peratus sebulan menerusi beberapa serbuan di sini Rabu lalu.

Operasi itu membabitkan 20 tangkapan iaitu 15 orang daripada kumpulan kongsi gelap dikenali Geng 24 yang didalangi seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk Seri, Kumpulan Wong (empat orang) dan seorang individu bergerak solo.

Mereka yang ditahan dalam operasi selama sebelas jam bermula pukul 6 pagi itu adalah berusa di antara 21 hingga 59 tahun.

Difahamkan, Geng 24 merupakan kongsi gelap terbesar negeri ini yang turut menjalankan jenayah lain seperti perjudian, dadah, pelacuran dan pemerasan.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, siasatan mendapati, ketiga-tiga kumpulan itu menawarkan pinjaman wang secara haram dengan menawarkan kadar faedah rendah dan mencecah 50 peratus serta mengugut peminjam yang gagal membayar semula.

“Dua kumpulan ini menawarkan pinjaman dengan kadar faedah di antara 30 hingga 50 peratus dengan bayaran mingguan atau bulanan.

“Manakala pemberi pinjam ketiga menawarkan faedah tiga hingga lima peratus dan dilihat lebih oportunis dalam keadaan Covid-19 kononnya untuk meringankan beban orang, tetapi salah kerana tidak berlesen,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI