fbpx

Pasangan influencer langgar SOP tonton perlawanan bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dimuat naik pasangan influencer tersebut.

PETALING JAYA – Netizen meluahkan rasa kecewa dengan sepasang kekasih yang juga influencer kerana dikatakan pelanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Mereka dikatakan menonton perlawanan akhir bola sepak Copa America 2021 yang berlangsung awal pagi semalam di rumah influencer wanita berkenaan.

Infuencer wanita itu pada mulanya memuat naik gambar dirinya meraikan kemenangan pasukan Argentina pada pukul 3.11 petang sebelum diikuti teman lelakinya pada pukul 3.21 petang.

Bagaimanapun, latar belakang rumah dalam gambar dimuat naik mereka adalah serupa, dengan netizen menyatakan ia adalah ruang tamu kediaman influencer wanita terbabit.

Tindakan tersebut mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan apa yang berlaku itu tidak patut berlaku dan pasangan berkenaan tidak bertanggungjawab.

Daniel berkata, pasangan itu menunjukkan contoh yang tidak baik kerana ebagai influencer, mereka perlu mempamerkan tingkah laku terpuji.

“Malang sekali mereka tak sedar apa yang dilakukan. Tak fikir panjang sebelum buat sesuatu,” katanya.

Bagi Syahiran Shadi pula, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap mereka kerana telah melanggar SOP PKP.

Sementara itu, Ahmad Naik berkata: “Lelaki berkenaan telah memadam gambar tersebut tetapi influencer wanita ini masih belum memadamkannya. Orang ramai masih boleh lihat di laman Twitternya”. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI