fbpx

Disangka bunuh diri, rupanya patung manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna jalan raya di Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh gempar apabila satu objek menyerupai manusia memakai topi dan baju tertera tulisan 'Kerajaan Pembunuh' .

MELAKA – Pengguna jalan raya di Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh gempar apabila satu objek menyerupai manusia memakai topi dan baju tergantung di jejambat di Persimpangan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7. 20 pagi itu, hasil pemeriksaan sepasukan polis ke lokasi mendapati objek tersebut merupakan patung yang digantungkan individu tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 7.30 pagi dan sepasukan anggota telah bergegas ke lokasi.

“Hasil pemeriksaan, kita dapati objek tersebut adalah patung yang telah digantungkan di jejambat berkenaan.

“Patung tersebut kemudian berjaya diturunkan pada pukul 7.40 pagi, ” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya sedang giat mengesan individu tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan tersebut yang dipercayai berniat ingin mencetuskan provokasi.

“Kertas siasatan kes berkenaan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

“Sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI