fbpx

Terima ancaman bom, terminal lapangan terbang Florida dikosongkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapangan terbang FLL itu kembali beroperasi selepas didapati bebas bom. -UPI

MIAMI, Florida – Penerbangan dihentikan manakala dua terminal dikosongkan di sebuah lapangan terbang di Florida semalam selepas pihak berkuasa menerima ugutan ancaman bom di hab itu, lapor laman berita United Press International (UPI) semalam.

Pejabat Syerif Broward berkata petugas dimaklumkan tentang ancaman bom tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale Hollywood (FLL) pukul 8.49 pagi (waktu tempatan) semalam.

Pihak lapangan terbang kemudian menutup pintu masuk dan mengosongkan Terminal 2 dan 3 sementara pihak berkuasa mencari peranti letupan.

Pejabat syerif berkata, kawasan itu didapati bebas daripada bom oleh skuad bom BSO sebelum pukul 12.30 tengahari. Operasi lapangan terbang kemudian dibenarkan untuk bersambung semula.

“Semua diminta bersabar ketika petugas FLL menyambung semula operasi,” demikian ciapan yang dihantar menerusi akaun Twitter lapangan terbang tersebut.

Pejabat syerif tidak mendedahkan sumber laporan ancaman bom terbabit dan sekiranya terdapat sebarang objek mencurigakan yang dalam laporan yang diterima. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI