fbpx

Perlis benarkan solat Hari Raya Aidiladha di kawasan lapang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ARAU – Perlis membenarkan solat sunat Hari Raya Aidiladha dilaksanakan di tanah lapang perkarangan masjid tertakluk kepada ketetapan jawatan kuasa kariah masjid masing-masing pada pukul 8 pagi.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, perkara itu telah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Titah Tuanku Syed Faizuddin, perkenan diberikan setelah meneliti perkembangan semasa penularan pandemik Covid-19 di seluruh negara dan negeri ini serta sejajar dengan kebenaran aktiviti pengimarahan masjid di Perlis ketika Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Baginda bertitah, pelaksanaan solat di tanah lapang adalah selaras dengan sunah Rasulullah SAW selain dapat mengurangkan risiko jangkitan berbanding solat di tempat tertutup.

“Bilangan jemaah yang dibenarkan berdasarkan kepada kapasiti saiz kawasan lapang. Bagi memberikan ruang kepada penyertaan yang optimum, dibenarkan untuk didirikan solat Aidiladha sebanyak dua sesi iaitu sesi pertama pada pukul 8 pagi dan kedua pada pukul 9 pagi.

“Sekiranya keadaan cuaca yang tidak bersesuaian seperti hujan lebat, maka solat akan dilaksanakan di dalam masjid dengan kapasiti saiz masjid mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada pada pukul 8.30 pagi.

“Jemaah yang tidak terpilih menyertai solat berkenaan perlu bersurai dan pulang menunaikan solat Aidiladha di rumah masing-masing bersama ahli keluarga selaras dengan ketetapan dan risalah khutbah yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Perlis,” titah baginda di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI