fbpx

Penuntut maut dipercayai akibat tekanan pembelajaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI – Seorang penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) meninggal dunia hingga menimbulkan persoalan berkaitan dengan tekanan pembelajaran.

Mangsa berusia 22 tahun yang mengambil jurusan dalam bidang pengurusan dan perniagaan itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini kira-kira pukul 2.50 petang semalam.

Penuntut terbabit sebelum itu dikatakan mengalami sakit kepala yang teruk dan muntah sebelum tidak sedarkan diri di rumah yang disewa bersama rakannya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI