fbpx

‘Melayu, Cina, India semua boleh ambil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Celine Koh menyediakan food bank mini di premisnya di Taman Seri Bayan, Gangsa, Melaka untuk membantu golongan memerlukan.

MELAKA – “Saya tidak ada banyak duit nak bagi, jadi ini sahaja saya mampu tolong untuk mereka yang betul-betul susah,” kata warga emas, Celine Koh, 64, mengenai bank makanan mini di hadapan kedainya di Taman Seri Bayan, Gangsa di sini.

Menurut Celine, dia terpanggil untuk menyediakan bekalan asas makanan termasuk beras, tepung gandum, minyak masak, sardin, mi segera dan susu pekat itu selepas melihat kesusahan individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Tidak kira bangsa Melayu, Cina atau India, semua boleh datang ambil pada waktu kedai ini dibuka iaitu 9.30 pagi sehingga 6 petang.

“Mereka yang sangat memerlukan, boleh datang mengambil bekalan di sini tetapi saya hadkan kepada dua barang asas sahaja supaya yang lain juga boleh dapat,” katanya ketika ditemui di kedainya di sini hari ini.

Tambahnya, bekalan makanan itu juga merupakan sumbangan daripada ahli keluarga dan rakan-rakannya yang lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI