fbpx

Ahli Parlimen UMNO boleh guna budi bicara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan.

PETALING JAYA – Ahli-ahli Parlimen UMNO boleh menggunakan budi bicara mereka apabila berlakunya sebarang pengundian ketika sidang Parlimen yang dijadulakan berlangsung pada 26 Julai nanti.

Setiausaha Agongnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan tersebut telah dibuat oleh ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) ketika mesyuarat secara maya yang dilakukan bersama presidennya semalam.

“Walaupun menggunakan budi bicara mereka, keputusan parti mestilah menjadi panduan kepada Ahli-ahli Parlimen UMNO dalam melaksanakan sebarang tanggungjawab mereka nanti,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad turut memaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob diatas lantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri semalam. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI