fbpx

Polis siasat pemilik akaun Facebook Edward Likes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siasatan pihak polis ke kilang berkenaan mendapati tiada sebarang kejadian seperti mana yang ditularkan.

MELAKA – Polis menyiasat pemilik akaun Facebook Edward Likes yang menyebarkan satu klip video mendakwa sekumpulan pekerja warga asing di sebuah kilang di Jasin melarikan diri bagi mengelak ditahan pihak berkuasa membabitkan kes Covid-19.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, klip video berdurasi 28 saat itu sebaliknya merupakan rakaman lama kejadian kebocoran gas ammonia, dua tahun lalu.

Katanya, pemilik akaun tersebut kini sedang disiasat kerana dipercayai telah menimbulkan keresahan atau kegentaran dalam kalangan masyarakat.

“Siasatan awal pihak polis ke kilang berkenaan mendapati tiada sebarang kejadian seperti mana yang ditularkan di Facebook oleh pemilik akaun Edward Likes.

“Pengurus kilang tersebut mengesahkan video yang tular adalah kejadian kebocoran gas ammonia yang berlaku pada 3 September 2019,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ujarnya, jika sabit kesalahan pemilik akaun terbabit boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

– K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI