fbpx

Saman fitnah Naz Empire – Awal Ashaari dicadang selesai mediasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awal Ashaari

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mencadangkan kes saman fitnah RM3 juta sebuah syarikat hiasan dalaman dan perabot terhadap pelakon dan pengacara Awal Ashaari berhubung isu pengubahsuaian rumah dirujuk ke Pusat Mediasi untuk penyelesaian.

Perkara itu dimaklumkan peguam Nurshafiqa Balqish Jaffri yang mewakili syarikat itu iaitu Naz Empire Sdn. Bhd. selaku plaintif ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Nurshafiqa, pada prosiding pengurusan kes hari ini, Hakim Datuk Ahmad Bache mencadangkan agar kedua-dua pihak merujuk kes saman itu ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi di sini, dan sekiranya pihak-pihak tidak mencapai penyelesaian kes akan diteruskan dengan perbicaraan.

Kata peguam itu, mahkamah kemudian menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 3 September ini bagi pengurusan kes selanjutnya untuk kedua-dua pihak memaklumkan perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

Dalam prosiding hari ini secara dalam talian itu, Awal selaku defendan diwakili peguam Muna Farhana Zainuddin.

Selain itu, Nurshafiqa turut memaklumkan mahkamah juga membatalkan saman terhadap dua lagi defendan iaitu Nawal Yasmin Mat Noh dan Muhammad Hilmi Zulkifli masing-masing defendan kedua dan ketiga selepas plaintif memfailkan notis untuk tidak meneruskan saman terhadap mereka kerana penyelesaian telah dibuat di luar mahkamah.

Naz Empire Sdn. Bhd.  selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu melalui Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak pada 13 November tahun lalu dengan menamakan Awal Ashaari atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari sebagai defendan pertama manakala dua lagi individu Nawal Yasmin Mat Noh dan Muhammad Hilmi Zulkifli masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga.

Dalam pernyataan tuntutan, syarikat itu mendakwa pada 3 Mei 2019 dengan menggunakan akaun Instagram nama @awalashaari, defendan pertama itu telah menghantar pesanan ringkas melalui ‘Direct Message'(DM) kepada akaun Instagram plaintif di mana dia telah menyatakan hasrat untuk melantik plaintif sebagai kontraktor bagi melakukan kerja-kerja pengubahsuaian di rumahnya itu di Sunway Damansara. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI