KANGAR – Seorang nenek berusia 103 tahun tidak gentar menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 dengan harapan dapat bertemu cucu dan cicitnya dengan selamat apabila mereka boleh pulang ke kampung kelak.
Som Raman yang dilahirkan pada 2 September 1918 dari Kampung Balik Guar, Arau dekat sini menerima suntikan vaksin jenis Biotech-Pfizer di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Wawasan 2020 petang ini.
Ibu kepada empat orang anak tersebut berasa lega apabila sudah disuntik vaksin sebagai pencegahan kepada dirinya yang merupakan golongan berisiko.
“Mula-mula itu ada rasa gementar sedikit, tetapi bila suntik tidak rasa sakit pun. Lega bila sudah dicucuk sebab nanti boleh jumpa cucu dan cicit bila mereka balik kampung.
“Cucu dan cicit tinggal di Kuala Lumpur kerana bekerja di sana. Sudah lama tak dapat jumpa mereka dan rindu pada mereka semua,” katanya ketika ditemui selepas menerima suntikan vaksin di PPV Dewan 2020 di sini hari ini.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














