fbpx
Gambar hiasan

Juruteknik rugi RM2,369 diperdaya pelaburan saham internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Kerana tertarik dengan ‘janji manis’ kononnya mampu meraih keuntungan berlipat kali ganda dalam masa hanya 12 jam, seorang juruteknik akhirnya kerugian RM2,369 selepas terpedaya dengan penipuan pelaburan saham di internet.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula apabila mangsa yang berusia 49 tahun melihat satu iklan pelaburan saham di Facebook pada 2 Julai lalu.

“Mangsa kemudian telah menghubungi pengendali pelaburan itu dan dia ditawarkan satu pakej pelaburan dengan nilai pelaburan sebanyak RM300 dan boleh mendapat pulangan sehingga RM8,000 dalam masa 12 jam.

“Mangsa yang berminat dengan pelaburan itu telah memasukkan RM300 ke akaun yang diberikan,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, mangsa kemudian dimaklumkan telah mendapat keuntungan namun perlu membuat pembayaran bagi mendapatkan keuntungan tersebut.

“Percaya dengan helah itu, mangsa kemudian membuat pembayaran ke akaun sama pada 5 Julai lalu dan keesokkannya, dia sekali lagi diminta untuk membuat bayaran kononnya sebagai caj kepada Bank Negara kerana jumlah keuntungan yang diperoleh itu besar.

Ujarnya, mangsa mula sedar ditipu apabila wakil syarikat berkenaan masih menuntut wang darinya bagi mendapatkan hasil keuntungan yang dijanjikan itu sebelum mangsa membuat laporan polis. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN