fbpx

Rancangan popular Jepun hanya papar wanita berlari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Setiap episod akan menampilkan watak wanita berlari di lorong curam sekitar Tokyo atau kawasan lain. - TV Asahi

TOKYO – Sebuah rancangan televisyen pelik di Jepun mencatat ribuan penonton setiap hari walaupun hanya menampilkan watak seorang wanita berlari mendaki lorong curam di lokasi berbeza, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Ditayangkan sejak 15 tahun lalu,  Zenryokuzaka merupakan antara rancangan televisyen paling bertahan lama di Jepun.

Bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 1.20 pagi (waktu tempatan) menerusi YouTube TV Asahi, penonton rancangan itu akan melihat seorang wanita, biasanya selebriti,  berlari di lorong curam di Jepun.

Setiap episod Zenryokuzaka ditayangkan  tidak lebih daripada enam minit termasuk pembukaaan  dan penutup serta hanya memfokuskan kepada watak protagonis yang sedang berlari.

Setiap episod Zenryokuzaka akan ditayangkan tidak lebih daripada enam minit dengan konsep yang sama. – TV Asahi

Konsep rancangan itu amat ringkas, namun ia kekal popular di Jepun sejak 15 tahun lalu.

Zenryokuzaka menampilkan watak protagonis berbeza pada setiap episod dan biasanya menampilkan pelakon wanita muda, personaliti media atau penghibur dan akan dirakam di beberapa lokasi berbeza di Tokyo atau daerah lain.

Biarpun dengan lokasi dan watak berbeza bagi setiap episod, Zenryokuzaka tetap menampilkan suara pengacara, Mitsuru Fukikoshi yang menyebut ‘Ini juga merupakan bukit yang membuatkan anda mahu berlari’.

Penerbit rancangan itu berkata akan mengekalkan wanita sebagai fokus utamanya. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI