fbpx
Ebit mendapat kebenaran melawat bapanya yang menderita kanser peringkat akhir hari ini dengan memakai PPE penuh.

Menanti hari, kanser sudah merebak – Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi perkembangan kesihatan terkini bapanya yang kian merosot akibat penyakit kanser perut.

Ebit dalam hantaran terbaharu melalui laman Facebook berkata, beliau mendapat keizinan menziarahi bapanya walaupun masih dalam tempoh kuarantin.

“Pohon doakan buat ayah saya ya. Doktor kata kanser perut peringkat akhir. Menanti hari. Kanser sudah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya.

“Dapat izin tengok sekali dan sekejap saja. Pakai peralatan perlindungan diri (PPE) penuh dan hasil ujian Covid-19 negatif. Lama lagi kuarantin. Terima kasih Kementerian Kesihatan,” tulisnya dalam hantaran tersebut hari ini.

Beliau turut memohon maaf kerana tidak dapat menjaga bapanya yang sedang sakit dan mengucapkan terima kasih kepada adik-beradiknya yang lain kerana menjaga bapa mereka.

Ebit yang baru pulang dari Gaza, Palestin turut mengimbau pesanan bapanya yang meminta beliau meneruskan misi membantu insan dalam kesusahan.

“Terima kasih bapa atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang kulakukan. Aku hadiahkan semuanya buat bapa. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapa rasa sakit itu. Terima kasih ya Allah,” tulisnya. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929