fbpx

Waris lelaki ditemui dalam tasik dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mayat seorang lelaki yang ditemui di sebuah tasik terbiar di kawasan Tanjung Laboh, Senggarang, dekat sini pada 22 Jun lalu.

BATU PAHAT- Polis sedang mengesan waris kepada mayat seorang lelaki yang ditemui di sebuah tasik terbiar di kawasan Tanjung Laboh, Senggarang, di sini pada 22 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mayat yang ditemui pada pukul 4 petang mempunyai fizikal ketinggian 160 sentimeter.

“Selain itu, terdapat satu skru di tulang peha sebelah kanannya. Identiti mayat tidak dapat dikenal pasti.

“Polis percaya mangsa telah meninggal dunia antara enam hingga tujuh hari sebelum ditemui.

“Malah, polis juga turut menemui seutas pukat berhampirannya. Bangsa dan warganegara, tidak dapat dikenal pasti lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis memohon kepada ahli keluarga, majikan atau orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, pekerja ataupun kenalan untuk menghubungi Sarjan Bahaiah Muhamed di Balai Polis Senggarang menerusi talian 07-4291222. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI