fbpx

[VIDEO] Talkin SOP tular di kawasan perumahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan sebuah van membaca 'talkin' bagi memberi peringatan agar sentiasa mematuhi SOP bagi mengekang penularan Covid-19.

JERANTUT – Seram tetapi menginsafkan. Sebuah video berdurasi satu minit 26 saat tular dalam laman sosial Facebook Promosi Kesihatan Jerantut meminta orang ramai berwaspada mengenai ancaman penularan pandemik Covid-19.

Video yang disiarkan dalam Facebook Promosi Kesihatan Jerantut itu menunjukkan sebuah van yang menggunakan pembesar suara membacakan ‘talkin’ mengenai bahaya Covid-19 sekaligus memberi peringatan kepada orang ramai.

‘Talkin’ dalam video di sebuah lorong taman perumahan kos rendah 410 berdekatan bandar Jerantut itu memberikan nasihat dalam kaedah berlainan yang boleh menginsafkan penduduk setempat.

Pendekatan menerusi bacaan ‘talkin’ yang digunakan oleh pihak berkenaan memberikan ingatan kepada penduduk mengenai kesan pandemik Covid-19 serta kewajaran mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang menjadi antara amalan utama semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara ayat talkin dalam video itu berbunyi ‘Wahai insan seandainya ajal kamu sudah sampai maka pergilah kamu menghadap Tuhan kamu tanpa iringan insan tersayang’ yang cukup memberi kesan kepada pendengar.

Seorang penduduk Jerantut yang dikenali Rahman berkata, pertama kali mendengar pengumuman itu dia terkejut dan terus memberikan perhatian.

“Betul apa yang disebarkan itu, ia memberi keinsafan kepada mereka yang masih berdegil langgar SOP itu.

“Ia merupakan satu pendekatan baharu yang boleh memberikan kesan kepada masyarakat agar mematuhi SOP ditetapkan,”ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI