fbpx

Vaksin program SelVAX tidak libatkan PICK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pelaksanaan Program Vaksin Selangor (SelVAX) yang diumumkan hari ini tidak melibatkan pemberian vaksin Covid-19 yang disiapkan oleh Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program tersebut melibatkan dos vaksin Covid-19 yang telah ditempah sendiri daripada pembekal oleh kerajaan negeri Selangor.

“Tempahan ini telah dibincang terlebih dahulu dengan pembekal sejak Januari lalu untuk menambah, bukan mengurangkan kos ataupun mengurangkan pembekalan jumlah yang sepatutnya diberikan kepada kerajaan persekutuan.

“Jadi, saya mahu menjawab tohmahan-tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak bahawa kita mencuri ataupun kita menyekat, menyimpan bekalan yang diberikan secara percuma dan diagihkan kepada industri dengan berbayar adalah tidak benar,” katanya ketika sidang akhbar selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan Selangor telah menambah tempahan melalui pembekal selepas memastikan bekalan vaksin di peringkat PICK adalah mencukupi.

“Kita percaya dengan jadual yang telah disusun dengan pembekal dan mereka adalah pembekal tunggal vaksin Sinovac yang diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (MPRA) pada bulan Mac.

“Jadi, tidak ada timbul isu kita mencuri atau mengambil stok vaksin yang telah disediakan untuk peruntukan kerajaan persekutuan,” ujarnya.

Terdahulu, Amirudin mengumumkan Selangor bakal memperoleh 2.5 juta dos vaksin Sinovac yang akan memberikan manfaat kepada 1.25 juta penerima menerusi SelVAX, selepas memeterai perjanjian Pembekalan dan Pengedaran (SDA) antara Pharmaniaga Berhad dengan Selgate Healthcare. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI