fbpx

Nak jaga ekonomi atau ramai mati? – Ashraf Muslim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ashraf menggesa pihak kerajaan untuk segera menutup kilang yang masih beroperasi dan mencetuskan kluster baharu saban harian.

PETALING JAYA – Pelakon Ashraf Muslim menggesa pihak kerajaan untuk segera menutup kilang yang masih beroperasi hingga ke hari ini bagi membendung kes harian Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Kebimbangan tersebut dizahirkan Ashraf atau nama sebenarnya Muhd. Ashraf Muslim menerusi terbaharu dalam Instagram sambil berkongsikan tanda pagar #tutupkilang.

“Dah tahu kluster kilang paling banyak, tutuplah sektor perkilangan. Apa yang susah sangat. Makin ramai yang kena Covid-19, makin bertambahlah yang akan masuk unit rawatan rapi (ICU) dan makin ramailah ahli keluarga akan kehilangan orang tersayang.

“Kesian frontliner (barisan hadapan) kita. Siang malam berjaga untuk jaga kita semua tapi kluster baru ada je bertambah setiap hari dan kebanyakkannya daripada sektor perkilangan. Bila nak selesai macam ni?,” tulis Ashraf sebagai kapsyen.

Pada hantaran sama, pelakon drama Dia Menantu Rahsia itu turut berpendapat, kilang boleh dibuka dan beroperasi sepenuhnya sekiranya 80 peratus penduduk telah menerima vaksin.

“Ramai lagi belum ambik vaksin. Kalau dah 80 peratus orang dah ambil vaksin barulah boleh longgar sikit. Sekarang yang terbaik buat ‘lockdown’ sepenuhnya.

“Buat pilihan sekarang, nak jaga ekonomi atau nak ramai lagi yang mati sebab Covid-19? Ramai dah mak ayah kami yang meninggal sebab virus ini. Cukup-cukuplah,” katanya lagi.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan kes harian Covid-19 kembali meningkat kepada 6,437 dengan 107 kematian baharu direkodkan.

Terdahulu, Ashraf, 40, pernah positif Covid-19, sekembali daripada menjalani penggambaran drama bersiri Demi di Inverness, Scotland pada April tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI