fbpx

Malaysia diiktiraf 10 negara terbaik keselamatan siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin

PUTRAJAYA – Malaysia menerima pengiktirafan dengan menempa nama di antara 10 negara teratas yang mempunyai komitmen tinggi dalam bidang keselamatan siber.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pengiktirafan itu menerusi laporan Global Cybersecurity Index 2020, hasil kajian yang dilaksanakan oleh International Telecommunications Union (ITU) di 194 negara seluruh dunia.

Beliau berkata, kebolehupayaan Malaysia untuk menduduki tempat teratas dunia adalah melalui skor penuh melibatkan tiga komponen iaitu Perundangan, Pembangunan Kapasiti dan Kerjasama.

Katanya lagi, Malaysia beroleh skor sebanyak 98.06 sekali gus meletakkan negara pada kedudukan kelima bersama Rusia dan Emiriah Arab Bersatu di peringkat global.

“Di peringkat Asia Pasifik pula, Malaysia berada pada kedudukan kedua selepas Republik Korea dan Singapura yang berkongsi skor sama. Pencapaian ini lebih baik berbanding tahun 2018, di mana negara berada pada kedudukan kelapan,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Saifuddin berkata, skor Malaysia adalah berdasarkan kepada lima petunjuk prestasi utama agenda keselamatan siber 2020 ITU iaitu Perundangan (20.00), Teknikal (19.08), Organisasi (18.98), Pembangunan Kapasiti (20.00) dan Kerjasama (20.00). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI