fbpx

Budak gantung diri tak tahan nenek berleter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TAIPING – Hanya kerana disuruh mandi oleh neneknya, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mengantung dirinya di dalam bilik tidur di sebuah rumah di sebuah taman perumahan di daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu pada pukul 7.52 malam.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, mangsa dipercayai telah mengantung diri di dalam bilik tidurnya selepas tidak berpuashati dengan leteran neneknya menyuruh beliau mandi.

“Mangsa telah mengunakan kain yang diikat pada besi katil dua tingkat untuk mengantung diri,” katanya di sini hari ini.

Kata Osman, mangsa kemudian telah diturunkan oleh jiran-jirannya sebelum dibawa ke Hospital Taiping namun disahkan telah meninggal dunia.

“Hasil temubual dengan neneknya, dia memelihara mangsa setelah kedua-dua ibu bapa kanak-kanak itu bercerai.

“Mangsa juga dipercayai seorang yang hiper aktif serta suka mencuba sesuatu perkara berdasarkan pengamatannya. Tiada unsur jenayah dan kes diklasfikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI