fbpx

Kaunter perkhidmatan kerajaan mula operasi 1 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan agar pembukaan kaunter perkhidmatan di seluruh negara beroperasi secara fizikal mulai 1 Julai ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti keperluan pembukaan kaunter perkhidmatan kerajaan yang mendesak berdasarkan maklum balas awam.

Beliau berkata, tatacara pengoperasian kaunter perkhidmatan kerajaan termasuklah bagi perkhidmatan yang tidak boleh dilaksanakan secara dalam talian.

“Selain itu, kapasiti petugas kaunter tidak melebihi 50 peratus, manakala kehadiran secara fizikal hanya melalui janji temu berjadual,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Zuki berkata, ketua jabatan hendaklah memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan dipatuhi setiap masa.

Katanya, ia bagi mengimbangi penyampaian perkhidmatan yang optimum kepada pelanggan dan pencegahan penularan wabak Covid-19 di tempat bertugas.

Pengoperasian perkhidmatan kaunter kerajaan ketika ini tidak beroperasi secara fizikal dalam tempoh Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara
sejak 1 Jun lalu

Pengecualian operasi hanya di kaunter perkhidmatan kesihatan, balai polis dan di pintu-pintu masuk antarabangsa melibatkan perkastaman, imigresen serta kuarantin. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI