fbpx

Gitaris wanita, Seru dimensi baharu Xpose Band

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GITARIS wanita, Nureen kini menjadi sebahagian daripada kumpulan Xpose Band.

POPULARITI single perdana berjudul Sandiwara empat tahun lalu meletakkan Xpose Band berada pada titik graf tersendiri.

Hampir setengah dekad meneruskan perjuangan dalam industri muzik tempatan, Xpose juga pernah tampil dengan beberapa buah naskhah lain seperti Maafkan Ku dan Deru.

Agak lama menyepikan diri tanpa buah tangan baharu, kumpulan yang asalnya dianggotai empat orang anggota kini muncul dengan single terbaharu berjudul Seru.

Seru merupakan hasil nukilan daripada vokalisnya sendiri, Furhan dan dicipta sepenuhnya Eppy yang juga merupakan anggota kumpulan tersebut.

Menurut Furhan atau nama sebenarnya Ahmad Khairul Furhan Razali, kali ini Xpose Band turut memperkenalkan ‘bunga’ baharu mereka bernama Nureen Qistina.

XPOSE BAND memperkenalkan ‘bunga’ baharu mereka bernama Nureen Qistina.

“Biarpun seorang gadis, Nureen dilihat mempunyai potensi yang tinggi untuk menyertai kumpulan Xpose di mana kebolehan dirinya bermain gitar dengan baik.

“Penampilan pertama Nureen bersama anggota kumpulan Xpose dapat dilihat menerusi muzik video rasmi Seru yang telah dilancarkan dalam laman YouTube sejak April yang lepas.

“Sebenarnya Nureen sudah menyertai kumpulan Xpose sejak awal tahun lagi menggantikan Fakhrul tapi kami sepakat untuk menyimpan dan merahsiakan berita ini kerana mahu berikan kejutan buat semua penyokong Xpose,” katanya kepada HibGlam.

Menurut Furhan, seiring tajuk single terbaharu mereka yang bertajuk Seru, nukilan baharu tersebut seakan-akan simbolik bagi memperkenalkan Nureen ke mata peminat.

“Anggaplah kami bertiga (Furhan, Eppy, Taqim) menyeru Nureen untuk bersama menyertai kami.

“Nureen pun bukanlah baharu dalam bidang muzik kerana sering terlibat dalam beberapa program nyanyian sebagai gitaris jemputan.

SINGLE baharu Xpose Band, Seru kini boleh dilayari di semua platform muzik digital.

Diterima

Nureen yang merupakan kakak kandung kepada pelakon Hun Haqeem, pula berharap penglibatannya dalam Xpose Band dapat diterima.

“Saya berharap semua orang dapat menerima kehadiran saya sebagai gitaris baharu kumpulan Xpose dan menyokong semua karya kumpulan kami.

“Pada masa hadapan, kami mahu berikan yang terbaik untuk anda semua,” katanya.

Seru boleh dimuat turun dalam platform iTunes dan strim menerusi pelantar muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, JOOX Music dan Spotify.

Lagu berkenan juga boleh dinikmati menerusi YouTube rasmi Suria Records, SuriaRecordsSRC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI