fbpx

Mayat lemas ditemui dalam keadaan masih menggenggam siput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat warga Thailand yang ditemui di kawasan perairan Pantai Kuala Muda, Langkawi pagi ini.

LANGKAWI – Seorang warga Thailand yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari siput  semalam ditemui mati lemas di kedudukan 1.0 batu nautika barat Pantai Kuala Muda di sini hari ini.

Mayat mangsa, Chamlong Onthadi, 54, yang bekerja sebagai tukang kebun di sebuah hotel ditemui dalam keadaan tangan masih menggenggam siput kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Mayat lelaki itu ditemui bot nelayan tempatan yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi menerima panggilan daripada Balai Polis Teriang memaklumkan berkaitan kehilangan mangsa kira-kira pukul 7.30 malam semalam.

“Operasi mencari mangsa terus digerakkan APMM dengan dibantu bersama polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta bot-bot nelayan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI