fbpx

Misi dagu runcing Song Kang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONG KANG

BAGI menjayakan karakter terbaharunya, aktor popular Song Kang sanggup mengamalkan diet demi menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram agar kelihatan sama seperti watak dalam webtoon untuk K-drama terbaru berjudul Nevertheless.

Menurut pelakon berusia 27 tahun itu, dia mahu kelihatan kurus dan berwajah runcing sebagaimana watak yang dilukis dalam webtoon tersebut.

“Ketika saya membaca webtoon tersebut, saya fikir Jae-eon (watak yang saya bawakan) kelihatan seperti lelaki yang baik dan tenang.

“Jadi saya ingin memastikan saya boleh menonjolkannya dengan baik menerusi diet dan hasilnya saya berjaya menurunkan berat badan sekitar lima kilogram,” ujarnya.

Sementara itu pengarah Kim Ga-ram berkata, dia kagum dengan komitmen yang ditunjukkan Song Kang dan pasangannya Han So-hee sepanjang penggambaran.

“Kedua-dua pelakon berusaha untuk selarikan realiti mereka dengan watak yang berasal daripada webtooon tersebut.

“Biarpun awal-awal sudah diberitahu agar mereka tidak perlu kelihatan serupa, tetapi kedua-dua pelakon ini benar-benar berusaha untuk merealisasikannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI