fbpx

Filem J2: J Retribusi tembusi 8 pawagam di Brunei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM J2: J Retribusi merupakan filem terakhir lakonan Ashraf Sinclair.

PETALING JAYA – Filem aksi pertama Malaysia tahun ini iaitu J2: J Retribusi mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Brunei bermula semalam.

Terdahulu, filem yang diarahkan oleh dua pengarah berpengalaman iaitu Nazrul Asraff Mahzan dan Nazim Shah ditayangkan menerusi platform penstriman Disney+ Hotstar bermula 1 Jun lalu sebelum menemui peminat di lapan buah pawagan di Brunei.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, Brunei adalah negara pertama yang menayangkan filem tempatan tersebut.

“Industri filem dan pawagam kini berhadapan dengan cabaran paling getir ketika pandemik Covid-19 masih berleluasa. Situasi itu penting untuk kami menyusun strategi dan mencari peluang agar dapat terus berhubung dengan penonton, sama ada di dalam mahu pun luar negara.

“Tayangan filem ini dimulakan menerusi pelantar penstriman Disney+ Hotstar Malaysia pada 1 Jun lalu dan di Indonesia pada 2 Julai ini.

“Kini, Brunei adalah negara pertama yang menayangkan J2: J Retribusi di lapan pawagam di sana. Kami amat teruja dengan kerjasama strategik ini dan mengharapkan sambutan yang positif dalam kalangan peminat filem aksi di sana,” katanya.

Naskhah J2: J Retribusi merupakan sekuel filem J Revolusi yang ditayangkan pada 2017. File berkenaan turut mendapat sentuhan skrip hebat daripada Alfie Palermo, Azhar Amirulhisyam dan Anwari.

Tambah menarik, filem berkenaan menampilkan barisan pelakon popular seperti Zul Ariffin, Amelia Henderson, Allahyarham Ashraf Sinclair, Datuk Rosyam Nor, Ainin Batrisya dan pelakon dari China, Chen Yi Ming.

Sebagai kesinambungan, J2: J Retribusi mengisahkan Jay Zulkarnain lakonan Zul Ariffin yang merupakan seorang bekas ketua pegawai Unit Tindakhas (UTK) dan kini menjadi pengawal peribadi kepada usahawan terkenal Datuk Hashim (Rosyam Nor).

Jay kemudiannya ditugaskan untuk menyelamatkan Datuk Hashim dan anaknya Nadi (Ainin Batrisya) daripada sekumpulan penjenayah yang diketuai Taufiq (Allahyarham Ashraf Sinclair).

Jay menjadi harapan mereka untuk menentang penjenayah bersama Chang (Chen Yi Ming) juga pengawal peribadi dengan pengurus hotel, Amy (Amelia Henderson) untuk memastikan semua tebusan dalam keadaan selamat.

Penggambaran J2: J Retribusi dilakukan pada 2019 di Johor Bahru, Johor. Untuk rekod, filem Ini merupakan gandingan pertama bagi Zul Ariffin dan Allahyarham Ashraf yang memegang watak antagonis utama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI