fbpx

Wajib penuhi syarat sambung pengajian di Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Warga Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran perubatan ke tujuh universiti Mesir diiktiraf Majlis Perubatan Malaysia (MPM) wajib memenuhi syarat kelayakan minimum kemasukan ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang juga Presiden MPM berkata, syarat itu sekurang-kurangnya lepasan matrikulasi/ asasi/ prauniversiti atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ A-Level atau lain-lain peperiksaan setara dengannya.

Menurutnya, perkara tersebut telah dipersetujui menerusi mesyuarat MPM ke-407 yang berlangsung pada 22 Jun lepas.

“Mesyuarat juga bersetuju sekiranya syarat kemasukan minimum tersebut tidak dipenuhi, bakal graduan daripada universiti tersebut mungkin berhadapan dengan masalah untuk berdaftar bersama MPM.

“MPM juga akan mempertimbangkan untuk mengeluarkan universiti-universiti tersebut daripada senarai universiti yang diiktiraf dalam Jadual Kedua, Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012) sekiranya perkara ini berlanjutan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI