fbpx

Vaksin di bawah PIKAS, PICK percuma 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang digerakkan untuk mengawal penularan wabak melalui Fasa 4 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah percuma.

Itu penegasan Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Katanya, vaksin yang dibekalkan di bawah PIKAS diberikan secara percuma.

“Namun, kos pentadbiran vaksin perlu ditanggung majikan di mana kos tersebut merangkumi penyediaan PPV dikendalikan pihak swasta dan perkhidmatan pengamal perubatan swasta,” katanya.

Katanya, majikan juga dilarang memindahkan kos pentadbiran vaksin kepada pekerja melalui potongan gaji pekerja berkenaan.

Khairy Jamaluddin berkata, prinsip sama terpakai bagi program PICK dimana vaksin diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak berurusan dengan sesiapa yang menawarkan pembelian vaksin sebaliknya terus melaporkan perkara tersebut kepada Polis Diraja Malaysia.

Beliau berkata, tiada bayaran boleh dikenakan kepada orang ramai yang pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah pengamal perubatan swasta untuk imunisasi Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI